Pages

About Me

My photo
SMK LABUAN, LABUAN, Malaysia
Bertugas di SMK Labuan. Mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (pilihan 4 dan pilihan 2)

Followers

Sunday, 26 February 2012

Rekabentuk bangunan zaman dulu dan struktur nya yang teguh sampai skrg

Teacher Nazrin tak pandai bermadah dan ini adalah sekadar berkongsi kenangan kepada semua pembaca. Apa yang nak dikongsikan ad
Abmalah tentang senibina bangunan di negara Turki yang Teacher rasa kagum melihat senibinanya. Indah dan mempunyai struktur bagunan yang hebat  sehinggakan apabila melihatnya Teacher rasa kagum. Pengembaraan teacher di negara turki telah membuka mata teacher betapa hebat struktur bagunan pada zaman lampau. Aspek yang diambil dari segi kukuhnya bagunan dengan mempunyai banyak simbolik sehinggakan masih bertahan sampai sekarang. Ini menunjukkan betapa bahan-bahan yang digunakan pada zaman dulu adalah yang terbaik dengan teknologi struktur yang lebih advance sehinggakan dapat menghasilkan satu struktur bagunan yang hebat.


Senibina yang teguh berdiri sampai sekarang.

Membuat Pasu dari tanah liat secara Manual

Ini lah pertama kali saya membuat pottery dengan tangan saya sendiri. Pengalaman yang pasti sukar untuk saya lupakan semasa mengunjungi negara Turki. Pada mulanya berdebar juga kerana ramai orang melihat dikalangan teman-teman yang turut serta dalam rombongan lawatan ke negara turki pada tahun 2011. Namun tetap saya gagahkan diri, dan berdetik pada diri saya kalau tak cuba sampai bila tak dapat rasa.

Mencuba dengan penuh ketelitian dan rasa seronok yang teramat sekali kerana saya dapat mencuba dan hasilnya saya dapat buat yang terbaik walaupun tidak begitu sempurna namun pertama kali membuat pottery rasa sungguh bermakna.

keseronokan tergambar di wajah dengan penuh tekun sebab pertama kali buat dan pegang tanah liat. Ini bermakna kemahiran dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan..catatan Teacher Nazrin, Turki/2011

KENANGAN TERINDAH PKBM (UDARA) 2011

Aktiviti PKBM (Udara) tahun 2011 telah meninggalkan satu kenangan yang manis kerana berjaya menganjurkan satu perkhemahan kenaikan pangkat di Pulau 3, Kuala Penyu, Sabah. Kerjasama dari agensi Polis Marin telah memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru yang berwibawa dan pengerusi teknik , Cikgu Mazri yang telah menjayakan program ini menjadi satu realiti dengan terlaksana aktiviti yang membina semangat kental kadet PKBM (Udara) SMK Labuan. Tahniah juga kepada Pengerusi PKBM Udara, Al-Jabir yang berdedikasi mengatur dan menyusun kadet yang dibawah tadbirnya dalam cukup sistematik sehinggakan kejayaan aktiviti yang dijalankan telah tercapai objektif dalam membina modal insan yang berjiwa patriotism kepada negara tercinta iaitu Malaysia. Sekalung kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat. Tahniah dan anda adalah yang terbaik......catatan Cikgu Nazri/2011

Tuesday, 14 February 2012

Projek Rekabentuk Kemahiran Hidup Tingkatan 1 tahun 2011

Projek reka bentuk yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 1 yang menunjukkan daya kreativiti yang begitu cemerlang dengan hiasan yang dapat menarik minat dan mempunyai kreativiti dalam menghasilkan satu tema yang sangat cemerlang.

Pelajar mengilhamkan idea hiasan yang dilekatkan pada kerja kayu yang dihasilkan. Syabas untuk kelas 1 Gigih tahun 2011.


Tema penyimpanan, dengan penggunaan warna yang sangat baik dalam menghiasi produk yang dihasilkan. Cetusan idea kreatif pelajar tingkatan 1 yang telah membawa inspirasi yang sangat berkesan dalam pembelajaran Kemahiran hidup.

Sunday, 12 February 2012

Friendship

 Kekuatan yang ada pada diri adalah bagaimana diri perlu dihargai dengan secara tidak langsung akan memberikan keyakinan pada diri sendiri. Saya suka akan diri saya sebab itulah diri yang perlu dihargai. Kadang-kadang tanpa kawan-kawan hidup pasti kesunyian. Oleh itu hargailah sahabat anda dengan penuh kasih sayang dan tanpa rasa benci , tidak suka kerana karma akan datang bila seseorang itu berbuat pada orang lain.
Senyuman itu adalah penawar segalanya. Sahabat itu adalah ibarat mutiara yang perlu digilap. Kehebatan dalam menghargai kawan adalah cara kita memberikan kasih sayang dengan penuh rasa keterbukaan. Segala kekusutan perlu lah diambil jalan perbincangan. Pasti persahabatan itu akan kekal selamanya.

Saturday, 11 February 2012

Selamat pagi Malaysia... Ceriakan hari minggu dengan senyuman kasih sayang

Hari ahad bersama anak murid ku kelas 1 BERKAT menghias indah kelas 1 berkat.. Aktiviti mingguan bersama menghias kelas

TURKI TETAP DALAM KENANGAN KU

Perjalanan yang menyeronok ketika lawatan ke negara Turki. Hembusan angin yang dingin membuat rasa hati ini masih merindui turki. Namun perjalanan ke sana sungguh ku tidak dapat lupakan sehinggakan aku merindui turki dan sentiasa dalam kenangan ku. Sungguh peramah dan membuat kan hati ku terkenang pada sahabat-sahabat di turki. Negara yang indah dan terasa ingin kembali ke sana pada satu hari nanti. Pasti aku akan ke sana lagi ...

Kegembiraan yang membuat ku sentiasa merindui negara Turki yang penuh dengan keindahan alam nya yang tenang....



Tuesday, 7 February 2012

Lihat..baca..tentang 'life and skills'

Salam buat semua. Blog ini adalah satu catatan perkongsian berkenaan dengan "life and skillls" bagi semua. Permulaan bagi saya untuk mencatatkan apa saja idea yang terlintas difikiran untuk dikongsi pada semua. Kemahiran yang perlu ada bagi semua orang untuk menjalani aktiviti seharian.


Mata melambangkan segalanya, penat, letih, suka, sedih, risau, sakit, dan macam-macam lagi yang sukar nak digambarkan dalam pergolakan emosi seseorang. Namun seseorang itu mestilah menghadapi dengan penuh rasional agar tidak mengalami "emotional disorder" cuma kadang-kadang berapa kuat sekali pun kita menghadapinya kadang-kadang rasa penat , letih untuk menghadapinya namum itu semua adalah yang digelar sebagai PENGALAMAN hidup seseorang yang mematangkan hidup dalam menjalani rona warna kehidupan. Itulah erti kehidupan.


 

Popular Posts