Thursday, 23 January 2020
Friday, 16 February 2018
Hari Pendaftaran UPSI
13 Februari 2018 adalah satu langkah perjalanan saya dalam meneruskan pengajian. Kali ini mengali sumber dan maklumat berkenaan perkongsian pengetahuan 'knowledge sharing'. Mula mencari isu persoalan kajian yang ingin dikaji. Melayari MrGoogle dengan menaip knowledge sharing, wow banyaknya sumber maklumat sampai tak tahu nak pilih yang mana. Satu persatu di buka dan dibaca abstrak dan kemudian download untuk dibaca waktu tenang nanti. Semoga ilham akan muncul. Membaca dari satu artikel ke satu artikel telah memberikan banyak persoalan. Dan masih lagi kabur apakah kajian yg hendak dikaji. Semoga ilham akan hadir dgn seribu pertanyaan.
#melangkahPerjalananPostGraduate.
#bergambarDenganSupervisor
Friday, 26 May 2017
PLC & Coaching Kecemerlangan GC
Bimbingan dan PLC Kecemerlangan Guru Cemerlang bertarikh 26 Mei 2017 , Jumaat di SBT SM SAINS LABUAN. Aktiviti ini adalah bertujuan perkongsian kecemerlangan untuk mencemerlangkan guru dalam meningkatkan kerjaya mereka. Satu sesi konsultasi yang diberikan oleh Mentor Guru Cemerlang , Cikgu Nazrin, SMK LABUAN kepada mentee Cikgu Yahya, SBT SM SAINS LABUAN
Perkongsian dan bimbingan ke arah Guru Cemerlang
Bimbingan yang diberikan pada Cikgu Yahya dari SM Sains Labuan untuk mencemerlangkan ke arah GC. Semoga kerja yang tekun dan bermotivasi untuk menjadi Guru Cemerlang nanti.