Pages

About Me

My photo
SMK LABUAN, LABUAN, Malaysia
Bertugas di SMK Labuan. Mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (pilihan 4 dan pilihan 2)

Followers

Sunday, 15 April 2012

Senyum atasi stress

Tahu kah anda apabila anda
mengalami tekanan dan rasa tidak selesa terhadap emosi anda pasti rasa sakit kepala, nak marah dan juga kadang kala rasa mual loya ,namun ada beberapa cara untuk atasi masalah tersebut selain tidur,anda juga lakukan beberapa tips. Basuh muka,kemudian pejam mata dan tarik nafas. Selepas itu Cuba and lihat kawasan yang warna hijau supaya minda anda akan cepat rest atau kalau di office pasti kan anda pergi tempat yg takde org atau bilik kosong duduk beberapa minit dan keluar dengan senyuman ,dan bagi yg beragama muslim pastikan selalu zikir supaya kemarahan itu akan disiram dengan kalimah suci Allah. Itulah cara terbaik dan bagi yg lain anda juga boleh buat meditasi atau bertafakur mengikut kepercayaan dan ajaran agama masing-masing. Nota; TeacherRin

Sunday, 18 March 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 tahun 2012

muka depan brochure bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 tahun 2012 dengan perlaksanaan 100% PBS


muka dalam brochure. Perlaksanaan PBS yang telah dijalankan oleh sekolah saya dengan menawarkan 3 pilihan iaitu Pilihan (Perdagangan & Keusahawanan, Kemahiran Teknikal dan ERT)
Pelajar di

Sunday, 26 February 2012

Rekabentuk bangunan zaman dulu dan struktur nya yang teguh sampai skrg

Teacher Nazrin tak pandai bermadah dan ini adalah sekadar berkongsi kenangan kepada semua pembaca. Apa yang nak dikongsikan ad
Abmalah tentang senibina bangunan di negara Turki yang Teacher rasa kagum melihat senibinanya. Indah dan mempunyai struktur bagunan yang hebat  sehinggakan apabila melihatnya Teacher rasa kagum. Pengembaraan teacher di negara turki telah membuka mata teacher betapa hebat struktur bagunan pada zaman lampau. Aspek yang diambil dari segi kukuhnya bagunan dengan mempunyai banyak simbolik sehinggakan masih bertahan sampai sekarang. Ini menunjukkan betapa bahan-bahan yang digunakan pada zaman dulu adalah yang terbaik dengan teknologi struktur yang lebih advance sehinggakan dapat menghasilkan satu struktur bagunan yang hebat.


Senibina yang teguh berdiri sampai sekarang.

Membuat Pasu dari tanah liat secara Manual

Ini lah pertama kali saya membuat pottery dengan tangan saya sendiri. Pengalaman yang pasti sukar untuk saya lupakan semasa mengunjungi negara Turki. Pada mulanya berdebar juga kerana ramai orang melihat dikalangan teman-teman yang turut serta dalam rombongan lawatan ke negara turki pada tahun 2011. Namun tetap saya gagahkan diri, dan berdetik pada diri saya kalau tak cuba sampai bila tak dapat rasa.

Mencuba dengan penuh ketelitian dan rasa seronok yang teramat sekali kerana saya dapat mencuba dan hasilnya saya dapat buat yang terbaik walaupun tidak begitu sempurna namun pertama kali membuat pottery rasa sungguh bermakna.

keseronokan tergambar di wajah dengan penuh tekun sebab pertama kali buat dan pegang tanah liat. Ini bermakna kemahiran dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan..catatan Teacher Nazrin, Turki/2011

KENANGAN TERINDAH PKBM (UDARA) 2011

Aktiviti PKBM (Udara) tahun 2011 telah meninggalkan satu kenangan yang manis kerana berjaya menganjurkan satu perkhemahan kenaikan pangkat di Pulau 3, Kuala Penyu, Sabah. Kerjasama dari agensi Polis Marin telah memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru yang berwibawa dan pengerusi teknik , Cikgu Mazri yang telah menjayakan program ini menjadi satu realiti dengan terlaksana aktiviti yang membina semangat kental kadet PKBM (Udara) SMK Labuan. Tahniah juga kepada Pengerusi PKBM Udara, Al-Jabir yang berdedikasi mengatur dan menyusun kadet yang dibawah tadbirnya dalam cukup sistematik sehinggakan kejayaan aktiviti yang dijalankan telah tercapai objektif dalam membina modal insan yang berjiwa patriotism kepada negara tercinta iaitu Malaysia. Sekalung kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat. Tahniah dan anda adalah yang terbaik......catatan Cikgu Nazri/2011

Tuesday, 14 February 2012

Projek Rekabentuk Kemahiran Hidup Tingkatan 1 tahun 2011

Projek reka bentuk yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan 1 yang menunjukkan daya kreativiti yang begitu cemerlang dengan hiasan yang dapat menarik minat dan mempunyai kreativiti dalam menghasilkan satu tema yang sangat cemerlang.

Pelajar mengilhamkan idea hiasan yang dilekatkan pada kerja kayu yang dihasilkan. Syabas untuk kelas 1 Gigih tahun 2011.


Tema penyimpanan, dengan penggunaan warna yang sangat baik dalam menghiasi produk yang dihasilkan. Cetusan idea kreatif pelajar tingkatan 1 yang telah membawa inspirasi yang sangat berkesan dalam pembelajaran Kemahiran hidup.

Sunday, 12 February 2012

Friendship

 Kekuatan yang ada pada diri adalah bagaimana diri perlu dihargai dengan secara tidak langsung akan memberikan keyakinan pada diri sendiri. Saya suka akan diri saya sebab itulah diri yang perlu dihargai. Kadang-kadang tanpa kawan-kawan hidup pasti kesunyian. Oleh itu hargailah sahabat anda dengan penuh kasih sayang dan tanpa rasa benci , tidak suka kerana karma akan datang bila seseorang itu berbuat pada orang lain.
Senyuman itu adalah penawar segalanya. Sahabat itu adalah ibarat mutiara yang perlu digilap. Kehebatan dalam menghargai kawan adalah cara kita memberikan kasih sayang dengan penuh rasa keterbukaan. Segala kekusutan perlu lah diambil jalan perbincangan. Pasti persahabatan itu akan kekal selamanya.
 

Popular Posts